HRD Corp Perak dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis TVET Negeri Perak.

Peranan HRD Corp Perak terus diperkukuh sebagai rakan strategik dalam melonjakkan agenda pembangunan kemahiran menerusi pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis TVET Negeri Perak.

HRD Corp diwakili oleh Puan Wan Yon Shahima binti Wan Othman, Ketua Pegawai Pelanggan dan Puan Siti Norzuliana binti Sazali, Ketua HRD Corp Perak dalam Mesyuarat Majlis TVET Negeri Perak Bil. 1/2026, yang berlangsung di Pejabat YAB Menteri Besar Perak, baru-baru ini.

Mesyuarat ini menandakan satu pencapaian penting dan mencerminkan keyakinan Kerajaan Negeri terhadap peranan HRD Corp dalam menyokong inisiatif pembangunan bakat berasaskan permintaan industri.

Wakil HRD Corp antara lain berkongsi pandangan berkaitan trend latihan, keperluan industri dan jurang kemahiran, khususnya dalam memperluas akses latihan berasaskan pensijilan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Melalui pendekatan kolaboratif dan strategik, HRD Corp komited untuk terus menyokong aspirasi Perak Sejahtera 2030 ke arah membangunkan tenaga kerja yang berkemahiran, berdaya saing dan bersedia menghadapi masa hadapan.

#HRDCorp#TVETPerak#PembangunanKemahiran#TenagaKerjaMasaHadapan#PerakSejahtera2030

Kementerian Sumber Manusia | Ramanan Ramakrishnan Official Media | Saarani Mohamad

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top